Tuesday, June 30, 2009

Suatu Realiti Seketika Dulu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Sejak kebelakangan ini saya gemar melayan lagu2 lama ketika belajar di UUM..zaman2 matrikulasi..masa tu kan di zaman2 lagu2 tangkap lentok..hahaha..masa tu juga di Changloon harga kaset yang dijual di Pasar Malam sangatlah murah..bukan original la tu..tapi yang best kaset tu ada lagi kompilasi lagu2 popular masa tu...Spoon, Stings, Scoin, SweetChild, Lestari, Budak KacaMata, Jelmol, Axl's dll..mmg meleleh la dengar lagu2 tu...Paling best masa nak balik dari UUM-Jb or JB-UUM..perjalanan 10jam waktu malam tu saya duk layan walkman lagu2 ni sampai habis bateri ok...tapi kadang2 saya layan juga lagu nasyid FIRDAUS..ha..kaset2 nasyid beli original tau..hahaha

Antara banyak2 lagu masa tu, saya suka sangat lagu ini...layan..WASALAM..


Tajuk/Lirik Lagu: Harapkan Kekasih Kekasih Pula Menyisih
Penyanyi: Amir Ukays

Tuai padi yang ku tanam atas bukit
Longlai habis jiwa hamba sakit-sakit
Walau malang nasib hamba rasa cinta tidak mati
Kepadamu oh wahai tuan puteri
Walaupun aku bertepuk sendiri

Habis semua bahasa indah merayumu
Tak sepatah bahasa yang lembutkanmu
Terpaksalah aku akur bersama cinta yang hancur
Mungkin kerna saat dan detik ini
Si putera beraja di hati

Mengapakah… kekasih ku menyisih
Takkan kau tak nampak aku ini merintih
Mahu apa pada diriku ini
Sayangku padamu sudah melebihi

Memang ketara nampak genting
Kasihku ini hampir diranting
Terpaksalah walau diriku gering

Tuai padi orang curi
Kerna aku tiada sakti
Tak bermakna budi-budi
Yang kuhulur selama ini

Kajang hamba hanyalah mengkuang lalu
Masakan kau sudi beradu
Memang jelas kata orang
Kalau sayang pandang-pandang
Kalau benci samalah dengan aku
Memandang pun engkau tak mahu




Saturday, June 20, 2009

Santai di Hari Sabtu


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah dah seminggu sekolah dibuka..dah seminggu juga saya berada semula di Kapit..Semuanya berjalan dengan sempurna..

Hari ini mengambil kesempatan bercuti hujung minggu, saya bersama 12orang rakan2 seperjuangan (Samsol, Aswad, Amran, Ajib, Zaidi, Hadi, Mad, Ad, Azri, Lan, Daus, & Edy) berkonvoi beramai2 dengan sebuah kereta dan 8 buah motorsikal menuju ke sebuah sekolah di kawasan Pedalaman jenis 1 di bahagian Kapit ini.. Sekolah Kebangsaan Ulu Yong..

Perjalanan sejauh 23 kilometer ini dari Pekan Kapit mengambil masa lebih kurang 35 minit..Kami melalui kawasan jalan raya yang tidak berturap sejauh 6 kilometer dan bersambung dengan jalan bengkang bengkong yang berbukit untuk sampai ke sekolah ini..kiri kanan jalan kami hanya ditemani bukit2 menghijau yang ditanam padi huma dan tanaman kontan..

Selagi ada di Kapit ini, kami bercadang untuk melawat ke sekolah2 di sekitar bahagian Kapit untuk merasai sendiri suasana kawan2 kami yang berkhidmat di kawasan pedalaman..seronok..dan ada kesedaran betapa bertuahnya saya dapat mengajar di sekolah baru walaupun dalam kategori luar bandar berbanding rakan2 yang lain..Alhamdulillah..

Tujuan lainnya,hehehe Amran hendak melawat buah hatinya di sana..serampang dua mata la ni..pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini rasa masa biasa saja cuma jauh dari pekan la..jalan raya ada dan bekalan elektrik menggunakan generator..cuma air saja kot susah guna air hujan dan sungai..Apa yang paling menyeronokkan belakang sekolah ini ada sungai yang sangat jernih airnya..putih..sejuk..pergh..rugi tidak bawa baju basahan untuk mandi..

Buah hati Amran cikgu di sekolah ini, jadi kehadiran kami dijamu dengan makan tengahari di tepi sungai..Sambil makan kami berborak dan ketawa bersama2..rasa utuh dan rapat hubungan kami walaupun kami semua ada yang baru saja berkenalan..Alhamdulillah..semuanya kebaikan datang dari yang Maha Esa..Setiap kejadian mesti ada sebabnya kan..



Jam 2.30 petang kami meninggalkan SK Ulu Yong untuk kembali ke Pekan Kapit..Kami nak datang lagi sebab nak mandi sungai yang airnya jernih paras lutut je..nyaman tok!!..huhuhu

Ok, berjumpa lagi..

WASSALAM..

p/s: minggu depan kena sediakan jadual baru..hukhukhuk




Tuesday, June 09, 2009

Tiada Niatku





Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,


Alhamdulillah, cuti sekolah kali ini dapat saya gunakan sebaik mungkin untuk kembali ke JB dan menziarahi ayah terutamanya dan keluarga tercinta..Alhamdulillah, ayah semakin stabil dan mungkin bulan Ogos nanti akan sekali lagi menjalani rawatan di IJN dan sekiranya perlu, pembedahan akan dijalankan..Saya berdoa agar semuanya berjalan lancar dan mendapat keredhaan ALLAH.. Amin..


Apabila lama bercuti, saya adakalanya menjadi kaku dan lesu..banyak masa berehat membuatkan saya kadang2 bosan..apabila bosan saya gemar menghabiskan masa menonton dvd dan keluar bersama-sama rakan sebaya yang juga sama-sama bercuti..Hmm, tapi dalam bercuti ada juga terlintas di fikiran saya bagaimana keadaan murid2 saya di Kapit sana..saya juga sangat2 tidak selesa dengan apa yang telah saya laksanakan sepanjang 6 bulan pertama saya mengajar untuk tahun ini..Macam mencurah ke daun keladi pun iya...saya nak cari mana kelemahan saya..Saya akui saya masih mentah dan perlu cepat belajar perkara2 yang melibatkan kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran..yang pasti selepas cuti ini saya perlu melipatgandakan usaha saya..Insya ALLAH..yang penting juga saya tidak boleh MALAS dan membuang masa..huhuhu..


Kadang2 Rindu Pada Mereka-Beringin Men


Undangan menghadiri Majlis Perkahwinan daripada kawan2 saya banyak saya terima kali ini..Tahniah dan saya doakan kesejahteraan serta kebahagiaan kepada kawan2 saya terutamanya rakan serumah saya ketika menyewa di zaman KPLI dulu Riduan dan pasangannya Ahlam Zaini..Dua2 kawan sekelas saya..Saya ingat semasa Riduan mula2 cuba memikat Ahlam..hehehe kami sekelas sangat rapat..Ahlam pun saya anggap macam adik..Tapi minta maaf ye..tidak dapat hadir majlis korang...Selain itu, ada juga jemputan dari Ad & Azri (rakan sekerja di sekolah saya mengajar kini)...lagi? Hanim, rakan sekelas semasa di Teknik JB..Farid di Kelantan juga (rakan baik di UUM)...Zue dan Afiq (junior UUM)..yang saya sempat gi majlis Mardiah di Johol..Ramaikan dah menamatkan zaman bujang..Alhamdulillah..saya? hehehe..


Ahlam & Wan KU


Tak kurang juganya yang bertunang..Nani & Pojie..Wan Besar & Nor...Suhaini juga selamat bertunang rasanya..Hmm, akhir tahun ni pastinya banyak lagi jemputan2 bakal menyusul..bila teringatkan hal ini, terasa sudah berumur juga..masa berlalu dengan pantas..kalau terleka pasti tertinggal jauh...


WASSALAM



p/s-nak beli PSP ke tak ye???




Saturday, May 30, 2009

Jangan Bermain Api

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Beberapa hari kebelakangan ini, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai ketua penganas komunis di Tanah Melayu yang ingin kembali ke Malaysia atas alasan ingin mengabiskan sisa-sisa hari tuanya di tanah bertuah ini..Beberapa pihak jelas memberikan sokongan padu kepada "NIAT MURNI" si ketua penganas ini..ada yang beri alasan atas dasar kemanusiaan la..apa la..dan bermacam2 lagi..ada juga yang buta sejarah mengatakan si ketua penganas ini adalah salah seorang yang memperjuangkan kemerdekaan..dan hari ini ada juga peguam yang cuba bersungguh-sungguh mahu permohonan ini dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan hak kepada si ketua penganas ini..

Atas dasar apa si ketua penganas ini masih layak pulang ke Malaysia? Adakah dia betul2 cintakan negara ini atau sekadar menjadi bahan kepada politik yang tidak matang?Hmm, saya sangat benci kepada pihak2 yang bermuka2 yang konon2nya nak tunjukkan dialah hero..dialah wira sedangkan mereka tidak sedar apa yang diperjuangkan itu umpama meludah ke langit kena muka mereka sendiri..Berapa kali hendak diulangkan sejarah penubuhan negara Malaysia kepada barisan ahli politik yang berbilang bangsa ini agar mereka benar2 faham sulur galur perjalanan kemerdekaan dan pembentukan negara bertuah ini..

Apa yang diperjuangkan oleh ketua komunis ini adalah satu ideologi yang akan memenangkan pihak lain, bukannya memerdekakan negara pada masa itu..Saya tidak hidup di zaman tersebut, namun saya boleh hayati betapa perit, sengsara dan terseksa baik dari segi fizikal dan mental keganasan yang dibawa oleh ideologi ketua penganas ini..Mereka mempermainkan dan mempersendakan rakyat negara ini dengan kekejaman yang tiada penghujung..meragut nyawa para perwira negara yang gugur di medan perjuangan..adakah ketua penganas ini layak digelar wira negara?

Jangan bakar api kemarahan kaum2 bumiputera dan kaum2 lain di Malaysia ini dengan satu lagi sandiwara picisan orang politik yang boleh saya katakan tidak bijak..berpeganglah kepada pepatah, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..Terutamanya orang2 melayu yang sudah lama menahan kesabaran dan bersikap toleransi demi perpaduan negara ini..Ingatlah kepada sejarah..Kalau tidak tahu tentang sejarah, boleh pergi kedai buku..ada buku2 sejarah dijual..belilah dan buatlah koleksi peribadi agar apabila berkata2 biarlah merujuk kepada fakta..

Cukup2lah dengan pelbagai sandiwara yang didendangkan oleh orang2 politik..Jangan cuba bermain dengan api...sekarang ini masa untuk kita memperkukuhkan kembali perpaduan..Bekerja lah untuk rakyat yang menyokong kalian dengan adil dan beramanah..

Selagi saya bernyawa, selagi itu saya akan tiupkan api nasionalisme ke dalam setiap murid2 saya agar mereka tahu apa tanggungjawab mereka kepada agama, bangsa dan negara..Dan selagi saya bergelar rakyat MALAYSIA, jangan haraplah nama ketua pengganas akan disebut2 sebagai pejuang kemerdekaan..


Semoga ALLAH merahmati roh2 pejuang2 agama, bangsa dan agama..Al-Fatihah..


WASSALAM..

Friday, May 15, 2009

Terima Kasih Cikgu!!

KINI AKU KERNAMU

Bertanya tentang segala hal yang aku buta
Kau bukakan cakrawala
Curahkan tulus ilmu membimbing langkahku
Menggapai tinggi bintang ku

Tidak pernah berhenti
Dengan sabar cuba buat ku mengerti
Tiada harga yang mampu membalas jasa mu
Terima kasih ku

Kau abdikan dirimu 'tuk semua
Menerangi gelapnya dunia
Ikhlas hatimu bicara, kau lakukan demi cinta
Yang kan membawa mu ke syurga
Oh guru ku, di hati ku, doa ku untuk mu, selalu

Bersinarnya mata mu saat berjaya ku
Fahami segala maksud mu
Semangatku berdiri bila sedih hati
Hingga ku tersenyum lagi



Terima kasih saya ucapkan kepada semua guru-guru saya sejak dari mula saya mengenali dunia ini sehinggalah ke hari ini.. Anda mengajar, mendidik, memarahi, mendenda, menasihati, mengasuh, menunjuk ajar, membantu dengan memberi perhatian dan kasih sayang sehingga saya menjadi seorang manusia yang mampu berdiri diatas kaki sendiri..Terima kasih kerana anda memanusiakan saya sebaiknya..

Hari ini, saya pula berdiri atas nama cikgu..baru saya rasa berat bebanan yang ditanggung..adakalanya saya rasa amat sakit untuk menongkah cabaran ini..Nak memanusiakan manusia bukan satu tugas yang mudah..tapi saya akan mencuba yang terbaik..

Kepada semua guru-guru di Malaysia dimana jua anda mengajar..SELAMAT HARI GURU!! Hayatilah tema "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" semoga kita sentiasa sihat supaya dapat meneruskan tugas2 kita sekualiti yang mungkin!!


Akhir kata, SAYA BANGGA MENJADI GURU!!


WASSALAM

Friday, May 08, 2009

Cukup..Cukuplah

Terdetik bait kata,
Tika mata layu menyusun rindu,
Aku damba manisnya madu,
Buat penawar pahit di pintu itu,

Senyum mu tidak pernah hilang,
Dari dulu hingga sekarang,
Laramu tetap di pendam,
Tidak mahu semua berdendam,

Aku teruja akan sifatmu,
Aku suka akan langkahmu,
Aku sayang pada kamu,
Aku cinta diri kamu,

Airmata ku bergenang,
Puas ku tahan,
Tetap mengalir hiba,
Aku tidak segagah itu,
Bila derita mula menyapa,

Argghh...aku tidak sekuat mana menahan rasa dihati mendapat tahu ayah sakit di sana..ikutkan hati ingin saja aku menjaga ayah di sana..

p/s-kerajaan BN boleh tak bina lapangan terbang dari KAPIT ni terus ke semenanjung? Cepatkan pembinaan jalan raya dari bandar terdekat dengan kapit..





Saturday, April 11, 2009

Ku Temukan Sinarnya

Assalamualaikum WBT & Salam Perpaduan,

Menjadi warganegara Malaysia merupakan satu kesyukuran kepada saya. Saya hidup dengan aman dan tenang di sini, baik di Kapit mahupun di seluruh pelusuk negara bertuah ini..Dari Johor Bahru sehinggalah ke Bukit Kayu Hitam ataupun Padang Besar telah saya susuri..Kini saya berpeluang untuk menjejaki dan menjelajah Kepulauan Borneo pula. Alhamdulillah, kehidupan saya semakin teratur dengan berkerjaya tetap.. Walaupun agak lambat juga saya membina kerjaya ini, namun saya tetap yakin dengan setiap ketentuan yang diaturNYA..saya juga yakin segala yang saya laksanakan dan lalui ini semuanya kerana DIA..

Oleh itu, saya ada banyak perkara yang perlu say
a lakukan demi memelihara keberkatan rezeki dan kedamaian..Pepatah Melayu ada mengatakan hujan emas di negeri orang, hutan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri...
Dalam konteks ini, memang ada kebenarannya..Selepas habis sahaja SPM, saya mula berkelana ke utara ke sebuah daerah bernama SINTOK..5 tahun di sana, saya kembali..selepas 3 tahun bekerja di JB, saya sambung belajar di Seremban selama setahun dan seterusnya menyambung kerjaya ini di bumi kenyalang..

Berada di sini mengajar saya banyak perkara2 baru baik yang positif dan yang negatif..Pepatah melayu diatas menguatkan lagi keyakinan bahawa saya perlu pantas bergerak dan berasimilasi dengan budaya dan tatasusila di sini..Bukannya mengamalkan budaya secara total tapi belajarlah apa jua yang baik agar saya lebih mantap jati diri.. Ada banyak perkara yang saya rasa sangat 'kekok' bila mengenangkannya..

Walaupun saya masih baru dalam bidang perguruan ini,namun itu secara formalitinya, kalau secara realitinya sejak 2004 lagi saya telah menjadi cikgu..Adalah beberapa perkara positif saya pelajari dari pengalaman di sekolah menengah yang saya kira tiada di sekolah yang saya ajari sekarang..Insya Allah, mana2 perkara yang baik akan saya sebatikan dalam diri saya dan pengurusan P&P untuk memajukan anak2 murid saya kelak..


Perjuangan saya dalam bidang ini masih jauh lagi.. Doakan saya berjaya menempuh apa jua rintangan dan halangan..

p/s-21hb ni temuduga pengesahan jawatan..pulun membaca apa2 yang patut..